1.Perang Larut Pertama 1861
Ghee Hin menjumpai kawasan tanah yg kaya dgn timah.
Hai San iri hati lalu menyekat pengaliran air.
Petempuran kedua-dua pihak.
Hai San menang.
Ghee Hin mengadu kpd Gabenor & Sultan Jaafar disalahkan.
Gabenor meminta ganti rugi $17000.
Ngah Ibrahim tolong Sultan menyelesaikan masalah & diberi gelaran "Orang Kaya Menteri Seri Paduka Tuan pada tahun 1863.
2.Perang Larut Kedua 1865
Dicetuskan oleh perbalahan semasa berjudi oleh kumpulan ahli-ahli kongsi gelap.
Kumpulan Hai San menawan 14 orang ahli Kumpulan
Ghee Hin sebagai tebusan, dan membunuh 13 orang daripada mereka. Tebusan terakhir berjaya melepaskan diri dan memberitahu kejadian kepada kumpulannya.
Ghee Hin membalas dendam dan menyerang perkampungan Hai San, dan membakar bangunan di dalam kampung itu dan membunuh 40 orang penduduk. Sekali lagi, bekalan bijih terganggu.
Perbalahan merebak sehingga ke
Seberang Perai dan
Pulau Pinang, dan kumpulan kongsi gelap selain Kumpulan
Ghee Hin dan Kumpulan
Hai San turut terlibat.
British mendapati kedua-dua Kumpulan
Ghee Hin dan Kumpulan
Hai San bersalah kerana mengganggu keamanan
Pulau Pinang dan masing-masing dikenakan denda $5,000 dan beberapa pemimpin mereka di buang negeri.
3.Perang Larut Ketiga
Perang Larut Ketiga tercetus akibat satu skandal melibatkan Lee Ah Khun, seorang pemimpin
Ghee Hin dengan isteri kepada anak saudara
Chung Keng Quee. Selepas perhubungan mereka diketahui, mereka ditangkap, diseksa dan dimasukkan dalam satu raga yang digunakan mengisi khinzir dan dihumban ke dalam sebuah lombong tinggal dan dibiarkan lemas.
Ghee Hin membalas dengan dengan membawa 4,000 orang pejuang profesional dari negeri China yang dibawa masuk melalui Pulau Pinang untuk menyerang
Hai San. Buat kali pertamanya, kumpulan
Hai San tewas dan diusir keluar dari
Klian Pauh, dan 10,000 pengikut
Hai San mencari perlindungan di
Pulau Pinang.
Ngah Ibrahim membantu Hai San dan akhirnya mendapat semula kawasan perlombongan mereka di
Klian Pauh. Dalam masa itu,
Raja Abdullah, salah seorang yang merebut jawatan Sultan menyebelahi Kumpulan
Ghee Hin menentang Ngah Ibrahim.
Perang Larut kini memecahbelahkan pembesar Melayu menjadi puak-puak yang bersengketa. Ini melemahkan kedudukan pembesar Melayu.